December 26, 2013

Sekolah

Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa macam mana yang aku selalu rasa bila cuti nak habis. Perasaan bila cuti tinggal seminggu dan aku masih belum realisasikan apa yang aku patut buat sepanjang cuti ni. Aku banyak buang masa. Patutnya tahun depan dah nak SPM aku patut dekatkan diri dengan Allah, dengan ilmu, tapi malangnya, aku solat pun selalu lambat, mungkin sebab kalau kat asrama ada kawan-kawan yang dok ajak aku solat jemaah. ini memang pengajaran untuk aku lah, aku harap tahun depan aku berubah, which aku rasa akan jadi azam aku tahun depan dan azam kebanyakan kawan-kawan aku jugak.

Esok aku dengan ayah and balong maybe akan keluar jalan-jalan cari barang sekolah yang masih belum jumpa. macam ala-ala treasure hunt lah pulok. beg sekolah aku belum beli, and ada lagi beberapa keperluan yang aku dah listkan belum dibeli. Aku harap semua barang tu aku jumpa esok atau by Isnin depan sebab itu je hari last aku keluar sebelum balik asrama hari Rabu. Aku akan keluar dengan classmates tahun lepas. I hope that everything will be great and awesome like us. Amin!

Cakap pasal topik utama post kali ni jugak, aku harap aku dapat sesuaikan diri dengan budak dorm baru tahun depan, dapat junior yang baik-baik. banyak sebenarnya azam aku... tapi tak tahulah akan tercapai ke tidak. hmm...

Aku,
Husna

No comments:

Post a Comment