Pagi ni aku rasa macam nak cakap pasal tajuk yang aku rasa sesuai untuk junior-junior aku yang Tingkatan 3. Mungkin masih ada yang ragu-ragu nak masuk ke tak...jadi sebelum apa-apa aku sarankan junior Ting. 3 untuk buka mata besar-besar, pandang 100 m ke hadapan, buka minda luas-luas. Fikir pro & kontra yang mungkin anda bakal hadapi. Buang jauh-jauh perasaan takut nak tinggalkan rumah dan segala gajet yang anda ada sekarang.
Aku, Husna, yang lagi sebulan nak jadi senior Ting. 5 kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL) dengan berbesar hatinya nak kongsi apa yang aku dah tempuhi sepanjang setahun sekolah kat sana.
Okey, mungkin masuk asrama memang impian aku, jadi masa mula-mula masuk memang aku teruja. Dah 5 bulan baru rasa homesick yang macam budak-budak dorm aku rasa masa dia orang mula-mula duduk asrama.
Perkara yang aku paling rindu mestilah bangun awal pagi sebab takut dengan senior yang bangun lambat (kau tahu kau tak nak terserempak dengan dia orang yang bagi kau jelingan free nanti), lepas tu solat subuh berjemaah (oh, masa dah nak habis sesi persekolah hari tu aku dah jarang jadi makmum solat subuh kat surau), lepas tu sarapan (mak cik dining aku masak sedap, tapi aku tak tahu kenapa budak-budak dorm aku bising cakap tak sedap).. oh ya, janganlah harap lebih-lebih, duduk asrama memang macam tu, kadang termasin, terpedas. adatlah...tapi sebab aku expect benda tu jadi, aku tak komen lebih-lebih...aku tahu ada asrama yang lagi teruk daripada tu. Lepas tu berhimpun, setiap hari baca al-Mathurat kecuali Khamis je baca surah Yassin. (Alhamdulillah al-Mathurat aku dah hafal, Yassin pun dah hafal sikit-sikit, aku rasa tu antara kebaikan masuk asrama, tak, masuk TIKL sebenarnya).
Lepas tu pergi sekolah, tak perlu peluh-peluh pun sebab memang tak sempat nak berpeluh. Sekolah dengan asrama memang dekat (tak sampai satu kilometer). Ini yang aku suka bila tertinggal barang kat dorm (mak cik tukang sapu selalu sapu pagi-pagi, jadi pagar asrama akan tak kunci) oh, jangan tiru wahai junior. Lepas tu, makan tengah hari dan solat zuhur (jarang jemaah sebab senior keluar lambat, kalau jemaah selalunya lelaki je dan perempuan tak jadi makmum sebab imam tak pakai mikrofon). Lepas tu prep dari 3.30 sampai 4.30 (aku selalu prep pukul 3 sebab entahlah, anda akan faham bila duduk asrama).
Habis prep, it's kinda called freedom lagi-lagi pelajar lelaki yang memang akan riadah, pelajar perempuan selalunya duduk dorm buat peta kecuali pemain bola jaring yang selalunya ada latihan (pasukan bola jaring SMTKL kluster) atau kawad bomba atau KRS (bomba SMTKL yang kluster, KRS biasa-biasa je, aku AJK, tapi cakap camtu, hahah)
then, around 6.30 pm dah boleh turun makan kat dining untuk dinner tapi junior kena turun pukul 6. sebab 6.30 senior nak makan. lepas tu 6.50 atau 7 macam tu al-Mathurat, then baru solat Maghrib. sebelum bulan 3 ke 4 macam tu, kita orang kena tunggu solat isyak jadi sementara tu mengaji atau tazkirah. lepas tu prep malam sampai 11 then supper. great. aku suka supper. lepas tu ada bacaan al-Mulk dekat dorm sebelum tidur (mestilah bukan hari-hari tapi hari Ahad & Selasa kot, Khamis baca yassin kat surau atau dorm), tapi sekarang, lepas solat Maghrib terus pergi prep malam. sampai 10.15 pm. lepas tu baru solat isyak jemaah, then supper (at last!) theeeen, rutin tu ulang-ulang setiap hari.
Jadi, apa yang aku cuba bagitahu kat sini sebenarnya duduk asrama banyak kebaikan tapi memang adalah negatifnya... macam anda rasa seperti katak bawah tempurung sebab berita kat luar sekolah lambat sampai, tak macam sekolah harian, anda boleh online dan tengok apa yang trending kat Twitter. Aku rasa kena rasa sendirilah apa yang negatifnya sebab aku tak boleh cerita sekarang, nanti ramai yang tarik balik keputusan nak masuk asrama.
P.S. aku cerita ni khusus pasal SM Teknik Kuala Lumpur, aku tak tahulah kalau sekolah berasrama lain.
Aku,
Husna
No comments:
Post a Comment