Aku masih ingat saat itu, suasana itu,
Bagai hanya kita berdua yang wujud dalam fantasi,
Fantasi rekaan aku,
Kau hadir mewarnainya,
Kemudian kau berdiri di suatu sudut,
Kau menjauh dari aku,
Kemudian berlalu pergi, tanpa menoleh sedikitpun,
Kau ragu-ragu dengan fantasi rekaan aku.
Saat ini, biarlah suram pun fantasi aku,
Tapi jangan kau ragut fantasi terakhir aku,
Kerana aku tidak bersedia berdepan dengan peritnya realiti...
No comments:
Post a Comment