December 26, 2013

Sekolah

Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa macam mana yang aku selalu rasa bila cuti nak habis. Perasaan bila cuti tinggal seminggu dan aku masih belum realisasikan apa yang aku patut buat sepanjang cuti ni. Aku banyak buang masa. Patutnya tahun depan dah nak SPM aku patut dekatkan diri dengan Allah, dengan ilmu, tapi malangnya, aku solat pun selalu lambat, mungkin sebab kalau kat asrama ada kawan-kawan yang dok ajak aku solat jemaah. ini memang pengajaran untuk aku lah, aku harap tahun depan aku berubah, which aku rasa akan jadi azam aku tahun depan dan azam kebanyakan kawan-kawan aku jugak.

Esok aku dengan ayah and balong maybe akan keluar jalan-jalan cari barang sekolah yang masih belum jumpa. macam ala-ala treasure hunt lah pulok. beg sekolah aku belum beli, and ada lagi beberapa keperluan yang aku dah listkan belum dibeli. Aku harap semua barang tu aku jumpa esok atau by Isnin depan sebab itu je hari last aku keluar sebelum balik asrama hari Rabu. Aku akan keluar dengan classmates tahun lepas. I hope that everything will be great and awesome like us. Amin!

Cakap pasal topik utama post kali ni jugak, aku harap aku dapat sesuaikan diri dengan budak dorm baru tahun depan, dapat junior yang baik-baik. banyak sebenarnya azam aku... tapi tak tahulah akan tercapai ke tidak. hmm...

Aku,
Husna

December 25, 2013

Music

I wait under the stage for my students’ performance anxiously. This is their first and so do I as their teacher. I’m panicking inside but I’m all smiling outside, kind of hide the anxiousness so that my students won’t get too nervous for their first performance. They will sing the song from Les Miserable which is my favourite song, I Dreamed A Dream. Then, I give one of my students a wink when she shows a nervous face just before they start to sing the first verse. She does resemble me a lot when I was young.
            My name is Musica. I hope that my name will tell you all about my life. But after all, it’s not like my name can talk or something…so, I think I should proceed with telling you about my name. Like I said, my name is Musica which means music but it’s hard to believe that I hate music and I hate my name. I have lived my whole life without music and I’m okay with it. When my name can tells you a lot of happiness and sorrow, my life isn’t because it’s just full of sorrow. Until I realize something miracle, beyond my imagination.
            Everything starts with the day I was born and named as Musica. My parents are musicians and they think the presence of me in their lives will make them happy like music, so they chose Musica as my name. But after all, to hear music you must have the ability to listen so that you can feel every single melody with your heart and feelings. And my parents thought that I will grow up with music and become a musician myself. But one day, they realized something was wrong with me that made them sent me to my grandparents’. They realized something that they cannot take it as parents and musicians. They are so ashamed looking at me, because their one and only child will live her life almost without hearing ability.
            So, I end up growing up hating music, my name, and my parents. I went to a special school which sometime they will teach us how to listen to music but I always refused to learn them. I don’t know the actual reason but I just don’t want to. Maybe it will remind me of my parents when I think my name is too burdensome. When my friends said that music can cure the sorrow, I always argue that it didn’t. It gives me a lot of things that I don’t want to remember. Sometime I just become grateful that I cannot hear anything but sometime I hate the fact that I cannot enjoy music, because I think music is the universal language apart from smile. I don’t know.
            One day, I end up feeling something when I walk through the hallway. I can feel vibrations all over the place. It filled almost all of the emptiness in the hallway here and there. I follow it and I follow my heart. I can feel the vibrations somehow become greater when I approach the music room. I can hear a bit of the lyrics, it’s the I Dreamed a Dream song that touch my heart and make me go inside the music room. Then, for the whole week I have to learn how to differentiate all types of vibrations so that I can join my friends in a choir. To be honest, the day I can tell what music really is, I cried in my grandmother’s warm embrace. She did a lot to encourage and support me in learning music.
            Until this moment I am very thankful to her because of that and so that I am very grateful to my music teacher because she was so supportive when I said I want to major in music in university. Now that I become a music teacher myself, I guess that music really means a lot to me because I’m even married to a professor who is also have a residual hearing. Now, to help me and the others who has the same problem as us, he did research on the different in calculation of vibration of the tuning fork. And I even get to meet my parents again in their recent performance in an orchestra. Believe me that they are so proud of me.

            The spectators who stand behind me and give standing ovation to my deaf students bring me back to reality. Then, with a proud big heart I also stand to give a big proud applause to all my students because they are really hard working and never give up even though their parents once told me that their children should just forget about music. But I stand with a brave heart to make sure these kids can appreciate music too and now they do…

December 10, 2013

Hari yang membosankan

Assalamualaikum.

Huh~ (rasa macam perlu keluhann tu) hari ni memang sangat membosankan. sangat-sangat sesangat-sangatnya. Bangun pagi, solat subuh, tidur balik... bangun tengah hari. lepas tu terus menghadap The Sims kat ipad. then, on tv and lappy. I did almost no house chores nor homeworks at all today - what a bad daughter. tapi adalah basuh pinggan. hahah.
jadi hari ni dah nak sampai ke penghujungnya sebab aku dah nak tidur. dan tadi kinda gaduh dengan si dia. (rasanyalah) jadi macam mood spoiler of the day.
lepas ni nak pakai masker and baca novel The Secret Garden, then finally tidur. yeay.

Aku,
Husna

December 9, 2013

Fantasi Terakhir

Aku masih ingat saat itu, suasana itu,
Bagai hanya kita berdua yang wujud dalam fantasi,
Fantasi rekaan aku,
Kau hadir mewarnainya,
Kemudian kau berdiri di suatu sudut,
Kau menjauh dari aku,
Kemudian berlalu pergi, tanpa menoleh sedikitpun,
Kau ragu-ragu dengan fantasi rekaan aku.

Saat ini, biarlah suram pun fantasi aku,
Tapi jangan kau ragut fantasi terakhir aku,
Kerana aku tidak bersedia berdepan dengan peritnya realiti...

December 6, 2013

Sekolah Teknik (Kejuruteraan Awam)

Assalamualaikum.
Aku nak terangkan sikit pasal Kej. Awam yang masa mula-mula aku mohon dulu tak sure sangat apa, tapi yang aku tahu pasal bangunan.

Pelajar Ting. 3 mungkin ada yang pandang rendah dengan Sekolah Teknik, tapi anda tak tahu kelebihan yang lepasan pelajar sekolah teknik ada (lagi-lagi sekolah SMTKL) sebab sekolah teknik ni belajar teori teknikal jadi kebanyakan pasaran pekerjaan memang perlukan kita, Kolej Vokasional pula lebih kepada kemahiran sama macam teknik, kemahiran memang amatlah diperlukan dalam pasaran pekerjaan sekarang. Aku bukan pandang rendah pada pelajar yang ambil dan nak ambil Sains Tulen, tapi kos tu aku rasa tak berapa menjamin untuk dapat kerja kecuali kalau dekat U anda sambung kos kejuruteraan dekat Petronas then peluang memang ada, kira terjamin tapi Petronas memang akan pentingkan pelajar lepasan teknik ya know.

Okey. Aku sambung pasal kejuruteraan awam. Sekarang apa yang anda fikir? Bangunan? Ya, mungkin. Kalau anda memang ada cita-cita nak sambung Civil Eng dekat U, ni memang peluang terbaiklah untuk belajar yang betul-betul asas pasal awam. Okey, kita detail sikit... Awam ni ada dekat-dekat dengan architecture. Sikit je lah, tapi siapa yang ada niat nak jadi jurutera awam, atau arkitek, aku sarankan bolehlah masuk sekolah teknik dan ambil kos ni. tak rugi dan seronok sangat. Selain belajar subjek Awam, belajar Lukisan Kejuruteraan yang ala-ala lukisan teknik masa PMR dulu. Nanti aku tunjuk gambar dalam entri lain.

P.S aku sambung dalam entri lain. aku rasa macam dah berjela pula aku membebel.

Aku,
Husna

Asrama&Dorm

Assalamualaikum.
Pagi ni aku rasa macam nak cakap pasal tajuk yang aku rasa sesuai untuk junior-junior aku yang Tingkatan 3. Mungkin masih ada yang ragu-ragu nak masuk ke tak...jadi sebelum apa-apa aku sarankan junior Ting. 3 untuk buka mata besar-besar, pandang 100 m ke hadapan, buka minda luas-luas. Fikir pro & kontra yang mungkin anda bakal hadapi. Buang jauh-jauh perasaan takut nak tinggalkan rumah dan segala gajet yang anda ada sekarang.

Aku, Husna, yang lagi sebulan nak jadi senior Ting. 5 kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL) dengan berbesar hatinya nak kongsi apa yang aku dah tempuhi sepanjang setahun sekolah kat sana.
Okey, mungkin masuk asrama memang impian aku, jadi masa mula-mula masuk memang aku teruja. Dah 5 bulan baru rasa homesick yang macam budak-budak dorm aku rasa masa dia orang mula-mula duduk asrama.

Perkara yang aku paling rindu mestilah bangun awal pagi sebab takut dengan senior yang bangun lambat (kau tahu kau tak nak terserempak dengan dia orang yang bagi kau jelingan free nanti), lepas tu solat subuh berjemaah (oh, masa dah nak habis sesi persekolah hari tu aku dah jarang jadi makmum solat subuh kat surau), lepas tu sarapan (mak cik dining aku masak sedap, tapi aku tak tahu kenapa budak-budak dorm aku bising cakap tak sedap).. oh ya, janganlah harap lebih-lebih, duduk asrama memang macam tu, kadang termasin, terpedas. adatlah...tapi sebab aku expect benda tu jadi, aku tak komen lebih-lebih...aku tahu ada asrama yang lagi teruk daripada tu. Lepas tu berhimpun, setiap hari baca al-Mathurat kecuali Khamis je baca surah Yassin. (Alhamdulillah al-Mathurat aku dah hafal, Yassin pun dah hafal sikit-sikit, aku rasa tu antara kebaikan masuk asrama, tak, masuk TIKL sebenarnya).

Lepas tu pergi sekolah, tak perlu peluh-peluh pun sebab memang tak sempat nak berpeluh. Sekolah dengan asrama memang dekat (tak sampai satu kilometer). Ini yang aku suka bila tertinggal barang kat dorm (mak cik tukang sapu selalu sapu pagi-pagi, jadi pagar asrama akan tak kunci) oh, jangan tiru wahai junior. Lepas tu, makan tengah hari dan solat zuhur (jarang jemaah sebab senior keluar lambat, kalau jemaah selalunya lelaki je dan perempuan tak jadi makmum sebab imam tak pakai mikrofon). Lepas tu prep dari 3.30 sampai 4.30 (aku selalu prep pukul 3 sebab entahlah, anda akan faham bila duduk asrama).

Habis prep, it's kinda called freedom lagi-lagi pelajar lelaki yang memang akan riadah, pelajar perempuan selalunya duduk dorm buat peta kecuali pemain bola jaring yang selalunya ada latihan (pasukan bola jaring SMTKL kluster) atau kawad bomba atau KRS (bomba SMTKL yang kluster, KRS biasa-biasa je, aku AJK, tapi cakap camtu, hahah)

then, around 6.30 pm dah boleh turun makan kat dining untuk dinner tapi junior kena turun pukul 6. sebab 6.30 senior nak makan. lepas tu 6.50 atau 7 macam tu al-Mathurat, then baru solat Maghrib. sebelum bulan 3 ke 4 macam tu, kita orang kena tunggu solat isyak jadi sementara tu mengaji atau tazkirah. lepas tu prep malam sampai 11 then supper. great. aku suka supper. lepas tu ada bacaan al-Mulk dekat dorm sebelum tidur (mestilah bukan hari-hari tapi hari Ahad & Selasa kot, Khamis baca yassin kat surau atau dorm), tapi sekarang, lepas solat Maghrib terus pergi prep malam. sampai 10.15 pm. lepas tu baru solat isyak jemaah, then supper (at last!) theeeen, rutin tu ulang-ulang setiap hari.

Jadi, apa yang aku cuba bagitahu kat sini sebenarnya duduk asrama banyak kebaikan tapi memang adalah negatifnya... macam anda rasa seperti katak bawah tempurung sebab berita kat luar sekolah lambat sampai, tak macam sekolah harian, anda boleh online dan tengok apa yang trending kat Twitter. Aku rasa kena rasa sendirilah apa yang negatifnya sebab aku tak boleh cerita sekarang, nanti ramai yang tarik balik keputusan nak masuk asrama.

P.S. aku cerita ni khusus pasal SM Teknik Kuala Lumpur, aku tak tahulah kalau sekolah berasrama lain.

Aku,
Husna

December 5, 2013

Hujan

Bunyi apakah yang mendamaikan rasa
Di saat rahmat mampu mengubat luka
Seperti ia cinta pertama
Aku gembira dan teruja menerima kehadirannya
Angin lembut yang menyapa
Memberi aku ketenangan yang mega
Sukar diungkap dengan kata
Bagai hujan di luar sana
Aku mahu berdiri di bawahnya
Membawa aku menari dengannya
Bersama melodi tanpa seni kata
Melodi hujan yang hanya aku mampu rasa

Selamat Sore

Assalamualaikum.
Aku warga Malaysia. Cuma masih terpengaruh dengan filem Milli&Nathan.
Jujur aku katakan, filem ni memang ada nilai yang tersendiri...dari segi apa, kena tonton sendiri. Tapi kalau orang macam aku (aku tak suka tonton filem sama banyak kali sebab selalunya aku dah ingat jalan cerita dia) pun dah masuk kali ketiga tonton filem tu...maksudnya, ada benda yang sukar untuk aku ungkapkan dalam bahasa apa pun. Mungkin bahasa badan...menari kontemporari. Ertinya?
Kamu bisa teka sendiri kan?
Filem ni sentimental. Banyak kata-kata atau "karya" penulisan Milli yang sangat mendalam maksudnya. Aku kagum dengan watak Milli yang tidak putus asa dengan impian dia untuk jadi penulis dan berhenti menyambung pengajian. Risikonya tinggi. Tapi dia tidak takut langsung.
Percaya atau tidak, jiwa penulis selalunya macam tu.

Bebas aku ingin terbang
Angkasa nan luas
Aku tidak gentar
Aku tegar menawannya
Dengan mimpi aku yang lebih besar

Itulah sajak dari aku. Mungkin aku juga macam Milli...entah, kalau tidak kenapa aku masih menulis sekarang?

Aku,
Husna

Bicara Pertama Kalinya

Aku, Husna
Kisah aku. Karya aku. Hidup aku. Segalanya tentang aku. Aku, Husna.
Assalamualaikum. Pertama sekali, aku nak maklumkan bahawa aku, Husna, abdikan blog ini hanya untuk diri aku. Kalau berminat, teruskan pembacaan sebab aku ada banyak benda nak gebang kat sini. Kalau tak minat, aku sarankan sila angkat kaki.
Kepada yang berminat dan masih meneruskan pembacaan, aku nak ucapkan terima kasih. Anda bagaikan bulan dan bintang yang menyinari malamku yang gelap dan suram. Oh, propaganda semata-mata!
Apa-apa pun... Aku memang berharap ramai yang nak baca blog ni. Sekali-sekala nak cuba jadi hot. Acah-acah je. Aku mengaku... Aku dilahirkan memang takdir takkan jadi hot, sebab tulah aku nak gebang banyak kat sini. Orang tak nak dengar cerita aku, baca pun jadilah. Heheh.

Buat masa ni...itu sajalah kot yang aku nak bagitahu. Aku minta maaf kalau aku memang gebang sangat. Adoi....

Aku,
Husna