December 31, 2014

Last piece of puzzle 311214

Assalamualaikum.
Entri ni akan jadi entri terakhir Husna untuk tahun 2014 ; just like one piece of 365 pieces of puzzles, today will be the last piece to complete and sum up everything whether in a good or bad way. Just like puzzles, incomplete one will never give a full picture of it, but a complete one will tell you different stories that end up with one conclusion.

Alhamdulillah, buat Husna 2014 adalah tahun yang Husna takkan lupakan sebab tahun ni tahun Husna tamatkan alam persekolahan. Through the very ups and downs dekat TIKL, tempat tu macam a very magical place for me. Friends, teachers and even makcik dining were together with me through the journey, with different fate... In the end we all end up being together with one conlusion; we spent almost the whole year dekat TIKL.

Dorm mates, classmates, just how we struggled for SPM, only Allah knows. Till this very seconds, we still nervous about the outcomes on March 2015. Tapi untuk Husna and the others yang went through a lot in the making of our school magazine, majalah sekolah is another issue. I hope it turns out to be real good.

Anyway, in the making of a more mature girl, banyak pengalaman baru yang Husna lalui tahun ni. Trip pergi Pahang untuk attend wedding ceremony cikgu Lily, kawad statik Alfa, kawad KRS, SPM... Subhanallah, TIKL is indeed a magical place ; saksi Husna jadi lebih matang as an average schoolgirl.

5 Awam 1 especially my girls, Bina and Kinah, you guys memang baik sebab help me sketch a great memories in TIKL apart from layan aku yang hopeless ni. Classmates tahun ni memang classmates terbaik dari langit ! Semua supportive and you guys seriously made my year, lagi-lagi Aqil (sorrylah ter-bias sikit) sebab tahan tengok aku buat muka monyet dan etc.

Last but not least, Husna ada banyak lagi nak cerita tapi tak ingat nak cerita apa. InsyaAllah malam ni Husna post gambar dari TIKL yang Husna simpan. At least pictures will tell a whole lot more story than I am.

P.S. Semoga mimpi indah. Mulakan hari esok dengan ucapan alhamdulillah.


December 6, 2014

Words

One word could describe everything but thousand words would leave you in thousands of emotions.

Living my life all this while, I strangely found comforts through words. I love the feeling of being immersed in thousands of words, contemplating, translating and imagining each and every single word I read or write.

Sometimes I was left in awe with mind-boggling stories or articles. Sometimes I cried at the end of sentences. Sometimes I experienced goosebumps after a full stop. All this mixed emotions just somehow left me in comforts I cannot describe. All the words I encountered brought me to a whole new world where I could create everything on my own. Words built up barrier between me and the hectic outworld. Words made me forget the problems, hardships when I almost want to give up my life. Words gave me strength.

Whenever I had the chance, I would read whatever reading materials I could get my hands on. Whenever I had mixed emotions and all sad, I would write words depending on whether it was poem or just words in paragraph. That’s why I always have a pen and a notebook with me all the time. Whenever I discover new words, I would copy it in my notebook because I felt like it was so precious that I must keep to myself, as if it was some sort of treasure I found on a deserted island.

The best time of all to read thousand of words is when it is raining outside and I would be tucked in a comfy and cozy blanket trying to find for warmth. Not to mention the natural lightning from outside that tries to find ways to enter my room. I would be glad to stay in that situation for hours, immersed with words and imagine things. I would never get bored with words.

Words are precious because with words, an author can be admired, with words, a Prime Minister could make thousands of people have faith in him and with words, I could write this to dedicate my love for words.

October 23, 2014

Am Forgetting

I could not care less
The convo we had
Full of silence
Awkwardness dominated

The space in between
Let the sweet voices doubting
The secrecy of our feelings

Too much we had
In little talk
The secrecy of our feelings

September 15, 2014

Kuala Lumpur - Raub : Cikgu Lily Kahwin

Selamat pagi.

Hari ni dah masuk hari ketiga cuti, dan semalam seharian Husna dan teman sekelas habiskan dengan mengembara ke Raub. Perjalanan pergi, sepanjang di sana dan balik ke KL je memakan masa lebih dari separuh hari ! Husna yakin sampai je rumah semalam, masing-masing pastinya separuh mati tetapi kenangan yang kami cipta semalam sangat berharga sebelum kami tinggalkan alam persekolahan kelak yang membuatkan kami tidak kisah dengan semua tu. 1001 memori sepanjang berada di tanah Raub untuk menghadiri majlis perkahwinan guru kelas yang merangkap guru Kimia kami pastinya kami takkan dapat lupakan.

Bertolak dari Pekeliling lebih kurang 8 pagi, kami tiba di tanah Raub pada jam 9.40 pagi. Sepanjang perjalanan yang memakan masa 1 jam lebih itu, Husna dan teman sekelas berasa sangat teruja dan gugup kerana itulah pertama kali kami keluar dari KL tanpa ibu bapa atau guru di sisi. Pengalaman yang memaksa kami agar berdikari dan menjaga adab di tempat orang. Alhamdulillah tiada sebarang musibah menimpa kami semalam.

Setibanya di perhentian bas di Raub, Husna memaklumkan kepada guru kelas mengenai ketibaan kami di sana. Sementara menunggu cikgu menjemput kami, kami sempat bergambar bagi mengukuhkan lagi memori indah yang kami cipta di sana. Jika dikenang semula, terasa lawak pula kerana kami sangat 'batak' mengambil gambar semalam !

Perjalanan dari perhentian bas ke rumah cikgu di Taman Kemajuan, Raub hanya memakan masa lebih kurang 5 minit. Tiba sahaja di rumah cikgu, kami yang kelaparan telah dihidangkan makanan oleh cikgu. Kemudian kami membantu apa yang patut tetapi kami lebih banyak membuang masa dengan bergambar. Lebih kurang jam 12 majlis pun bermula dengan kedatangan tetamu yang tidak putus-putus datang termasuk rakan kerja cikgu atau lebih tepat lagi guru-guru SMTKL termasuklah pengetua sekolah yang duduk semeja dengan kami semalam. Kami juga sempat bekerja sebagai pencedok lauk untuk tetamu semalam yang tidak ubah seperti mak cik dining !

Jam 2 pengantin lelaki diarak ke bahagian hadapan pintu gerbang untuk bertemu dengan cikgu, muka masing-masing ditutup dengan kipas. Kemudian setelah mata bertentang mata, mereka diarak ke pelamin. Dan semalam Husna dapat merasa menjadi pemegang bunga mangga dengan seorang lagi teman sekelas. Selepas mengarak penganting ke pintu gerbang tugas kami berdua pun selesai. Kemudian, kami menghabiskan masa dengan bergambar bersama kedua-dua mempelai serta guru-guru sekolah.

Majlis tamat lebih kurang jam 3 lebih dan kami sempat mengemas apa yang patut. Jam 4 lebih kami sudah bergerak ke perhentian bas. Walaupun kepenatan, kami bersyukur segala-gala yang kami rancang berjalan dengan lancar. Tiada sebarang perkara pun yang lari daripada kami punya expectation. Lebih kurang jam 5 kami beryolak dari Raub dan sepanjang perjalanan tu lebih banyak diisi dengan tidur. Sampai sahaja di Pekeliling, dengan kepenatan yang jelas terpancar di wajah masing-masing, kami bersalaman sebelum pulang. Husna yakin, sebelum jam 8.30 malam semua dah tiba di rumah masing-masing semalam.

Terasa waktu yang meninggalkan kami semalam begitu panjang tetapi apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan kenangan yang tercipta sepanjang hari semalam...

P.S. terima kasih 5 Awam 1 (2014) !























September 13, 2014

Latihan BM VLE Frog

Latihan 
Tukarkan  ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
1.     Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2.            Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
3.      Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
4.               Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
5.        Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
6.               “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
7.       Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
8.               Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
9.               Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
10.        Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan .
11.  Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.

12.       Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

March 29, 2014

Selamat Malam Malaysia

Assalamualaikum...

Malam Sabtu macam ni, Husna yakin masih ramai warga Malaysia yang tak tidur lagi. Masih segar melayan malam sama ada untuk mencari keseronokan ataupun menyiapkan kerja rumah yang harus dihantar minggu depan. Tapi takpe, bagi Husna dan sesiapa yang masih 'hidup' dalam alam nyata malam ni, malam masih muda. Jangan risau, we're together in getting some sort of mata panda.

Apa-apa pun, malam ni Husna teringin sangat nak ketengahkan satu perkara yang semua orang pun ada iaitu 'Impian'. Hah, siapa yang tiada impian dalam hidup kan? Daripada sekecil-kecil perkara, sampailah perkara besar macam soal dunia, semua mesti ada punya. Lagi-lagi bercakap pasal isu yang Husna rasa tak sepatutnya berhenti. MH370. Husna dan segelintir masyarakat masih punya impian supaya MH370 ni ditemui. Tak kisahlah kalau ada yang cakap macam tak masuk akal ke apa. Tapi Husna masih dengan pegangan yang MH370 is somewhere out there. Ya, Husna memang keras kepala. Sekurang-kurangnya Husna tak goyah dengan pendirian Husna sendiri.
Berbalik kepada soal impian, not to say orang lain, tapi Husna sebagai one of those remaja Melayu sendiri Husna dapat rasakan yang orang Melayu ni kalau dalam bab-bab impian ni macam masih ketinggalan di belakang kaum lain. Bukan rasis. Cuma Husna dapat rasa, dan Husna tak nak benda macam ni terus berlaku. Husna nak semua remaja Melayu bangkit. Sedar yang perjalanan kita masih jauh. Biarlah impian tu untuk esok sekali pun, tapi pasanglah impian. Niat kerana Allah. Kita bimbing yang lain. Jangan dengki. Berjaya biar bersama.
Husna memang tak sempat belajar novel Interlok dalam KOMSAS, tapi alhamdulillah, akhir tahun lepas Husna dapat pinjam dari SPBT sebelum novel tu dilupuskan. Husna rasa rugi sangat yang novel tu tak diteruskan. Sebab kalau kena dengan cara P&P dalam kelas oleh guru BM, Husna rasa novel ni sedikit sebanyak menaikkan semangat kaum Melayu.
Kalau imbas kembali, apa yang Husna ingat, dalam cerita keluarga Seman, Seman terpaksa berdepan dengan situsai yang genting sebab tanah milik keluarganya di tangan seorang tauke kedai runcit. Dia dihalau oleh tauke tu. Yang pasti semuanya bermula dengan 'kebodohan' Pak Musa, ayah Seman. Dia terlalu mempercayai kata-kata tauke kedai runcit tu. Rasanya sukar untuk Husna terangkan, apatah lagi anda mesti rasa apa yang Husna cuba ketengahkan macam takde kena mengena dengan topik 'Melayu tiada impian'. Takpe. Kalau ada peluang, bacalah novel ni.
Tapi, lihat lagi, berita baru-baru ni mengenai remaja yang meninggal sebab overdose dalam sebuah konsert. Nauzubillah. lebih daripada separuh yang meninggal tu, MELAYU. wahai sahabat, tak sedar lagikah kita? Impian.... Impian. Mungkin nampak ringan. "Alah impian je, belum tentu jadi kenyataan." Tapi tahu tak yang impian tu sebahagian daripada permulaan paradigma. PERUBAHAN. perubahan ke arah yang lebih baik. atau kata lain HIJRAH. atau 1400. tak sedar lagikah kita, yang remaja Melayu, kita, masih bertatih? Sedangkan yang lain sudah berlari. Kalau kita ada impian, kita akan usaha. Kalau kita berusaha, insyaAllah dengan pertolongan-Nya, kita akan berjaya. Dan jangan sesekali putus asa. Ingat NAK BERJAYA TAK MUDAH, wahai sahabat.

Akhirul kalam, Husna cuma nak bangkitkan semangat kita semua, remaja Melayu, termasuk diri Husna sendiri yang akan menduduki SPM tahun ni. Husna taknak Husna lemah di tengah jalan. Husna nak semangat berkobar-kobar berperang dengan diri sendiri hingga hari terakhir SPM. Lawan nafsu diri sendiri.

P.S. Semoga batch '97 dapat kawal nafsu dengan baik. SPM tak jauh, pejam celik pejam celik dah kena masuk dewan peperiksaan. Semoga keputusan kita yang bagus-bagus je. Amiiin~

Aku,
Husna

March 1, 2014

Helo Mac

Assalamualaikum dan selamat petang.
Buat pengetahuan semua, walaupun memang dah terang lagi bersuluh yang hari ni dah masuk 1 Mac, Husna masih ada rasa tanggungjawab untuk mengingatkan kalian yang hari ni dah SATU MAC DUA RIBU EMPAT BELAS. Sudah dua buku kecil dalam tahun 2014 kita coret dengan pelbagai kisah suka dan duka. Dan hari ni kita sudah mula membuka helaian yang baru dengan hembusan nafas yang masih ada apabila bangun pagi tadi.
Jadi, bila dah masuk bulan Mac ni... Husna tak tahulah jika ada rakan seusia Husna yang masih tiada kesedaran nak SPM lagi beberapa bulan saja lagi atau tidak. Tapi kalau ada, wahai teman, bangkitlah.
Senior Husna pun akan ambil keputusan SPM dalam bulan ni, jadi sedikit sebanyak Husna berdebar sebab kalau mereka dapat capai pointer 2.5, itu bermakna Husna dan semua teman seangkatan TIKL harus berusaha naikkan pointer jadi 2.35.
Semua pun akan bergantung pada keputusan peperiksaan awal tahun nanti yang akan berlangsung lagi 2 minggu. Jujur Husna cakap Husna kecut perut fikir pasal peperiksaan ni nanti. Belajar adalah ciput. Sungguh, memang takde masa nak betul-betul khusyuk ulang kaji. Rasa macam 24 jam tak cukup nak buat semua benda. Bulan Februari hari tu, ada sekali Husna nangis sebab stress sangat dengan kerja sekolah yang bertimbun, dengan latihan kawad, kelas tambahan petang, tuisyen malam, dan tak ulang kaji lagi... Ya Allah masa tu Allah je tahu apa Husna rasa. Macam nak pecah otak fikir solusi yang sesuai. Lepas tu, Husna siap buat peta minda apa yang ada dalam otak Husna supaya ringan sikit kepala ni haa.
Okeylah, apa-apa pun, dah masuk bulan baru ni, Husna harap yang pelajar tingkatan 5 dah bersedia lah untuk peperiksaan awal tahun ni, sebab rasanya tahun ni, semua peperiksaan penting. Sebab daripada keputusan setiap peperiksaan kita boleh tengok peningkatan atau progress kita. Kalau boleh dalam otak dah tak fikir sangat benda-benda lagha, kena mula rancang masa depan. Jangan fikir yang jauh, fikir je untuk hari esok pun dah cukup, tapi kalau fikir untuk cuti panjang Mac ni nak buat apa lagi bagus.
Itu saja dari Husna petang ni.
Aku,
Husna

February 1, 2014

Februari

Februari
Kini kau datang lagi
Menjengah mimpi yang tak pasti.

Februari
Hembuskan lembut bayumu
Tiupkan semangat kau buat daku.

Februari
Bantulah aku bebaskan mimpi
Bantulah aku bawa diri
Ke relung waktu yang tak pasti.

Februari
Cerah suci nan murni
Masa depan yang belum ku lorekkan lagi.

Februari
Kau hadir lagi.

January 18, 2014

Kau Pergi

Sungai inilah yang mengalir pabila kau pergi
Deras sederas langkahmu menjauhi
Bayangmu bakal menggamit memori
Dan memberi harapan yang tak pasti
Kerana kau sukar ku lupai.

Kopi

Kau umpama kopi
Seperti cinta pertama
Pahit tetapi manis
Kehangatan yang disenangi
Kehangatan yang bakal pergi
Tetapi sentiasa dirindui

Randik

Randik. Titik. Noktah. Lelah.
Berjalan. Terus berjalan.
Melangkah. Terus melangkah.
Malang, cerah tiada di mana-mana.
Randik. Pusing-berpusing.
Angka. Naik-menaik.
Pecut. Lari-berlari.
Aku di belakang.
Aku terkebelakang randik.
Titik. Noktah tanpa makna. Lelah.
Hitam. Legam.
Jatuh. Tergolek-golek.
Tersadung. Bangkit. Lelah.
Randik. Tidak toleh belakang.
Noktah. Doa. Pohon-memohon.
Berjalan. Deras dan duri.
Randik. Lelah.
Noktah terakhir. Titik yang tiada lagi.
Cahaya. Putih. Suci.