March 1, 2014

Helo Mac

Assalamualaikum dan selamat petang.
Buat pengetahuan semua, walaupun memang dah terang lagi bersuluh yang hari ni dah masuk 1 Mac, Husna masih ada rasa tanggungjawab untuk mengingatkan kalian yang hari ni dah SATU MAC DUA RIBU EMPAT BELAS. Sudah dua buku kecil dalam tahun 2014 kita coret dengan pelbagai kisah suka dan duka. Dan hari ni kita sudah mula membuka helaian yang baru dengan hembusan nafas yang masih ada apabila bangun pagi tadi.
Jadi, bila dah masuk bulan Mac ni... Husna tak tahulah jika ada rakan seusia Husna yang masih tiada kesedaran nak SPM lagi beberapa bulan saja lagi atau tidak. Tapi kalau ada, wahai teman, bangkitlah.
Senior Husna pun akan ambil keputusan SPM dalam bulan ni, jadi sedikit sebanyak Husna berdebar sebab kalau mereka dapat capai pointer 2.5, itu bermakna Husna dan semua teman seangkatan TIKL harus berusaha naikkan pointer jadi 2.35.
Semua pun akan bergantung pada keputusan peperiksaan awal tahun nanti yang akan berlangsung lagi 2 minggu. Jujur Husna cakap Husna kecut perut fikir pasal peperiksaan ni nanti. Belajar adalah ciput. Sungguh, memang takde masa nak betul-betul khusyuk ulang kaji. Rasa macam 24 jam tak cukup nak buat semua benda. Bulan Februari hari tu, ada sekali Husna nangis sebab stress sangat dengan kerja sekolah yang bertimbun, dengan latihan kawad, kelas tambahan petang, tuisyen malam, dan tak ulang kaji lagi... Ya Allah masa tu Allah je tahu apa Husna rasa. Macam nak pecah otak fikir solusi yang sesuai. Lepas tu, Husna siap buat peta minda apa yang ada dalam otak Husna supaya ringan sikit kepala ni haa.
Okeylah, apa-apa pun, dah masuk bulan baru ni, Husna harap yang pelajar tingkatan 5 dah bersedia lah untuk peperiksaan awal tahun ni, sebab rasanya tahun ni, semua peperiksaan penting. Sebab daripada keputusan setiap peperiksaan kita boleh tengok peningkatan atau progress kita. Kalau boleh dalam otak dah tak fikir sangat benda-benda lagha, kena mula rancang masa depan. Jangan fikir yang jauh, fikir je untuk hari esok pun dah cukup, tapi kalau fikir untuk cuti panjang Mac ni nak buat apa lagi bagus.
Itu saja dari Husna petang ni.
Aku,
Husna

No comments:

Post a Comment