March 29, 2014

Selamat Malam Malaysia

Assalamualaikum...

Malam Sabtu macam ni, Husna yakin masih ramai warga Malaysia yang tak tidur lagi. Masih segar melayan malam sama ada untuk mencari keseronokan ataupun menyiapkan kerja rumah yang harus dihantar minggu depan. Tapi takpe, bagi Husna dan sesiapa yang masih 'hidup' dalam alam nyata malam ni, malam masih muda. Jangan risau, we're together in getting some sort of mata panda.

Apa-apa pun, malam ni Husna teringin sangat nak ketengahkan satu perkara yang semua orang pun ada iaitu 'Impian'. Hah, siapa yang tiada impian dalam hidup kan? Daripada sekecil-kecil perkara, sampailah perkara besar macam soal dunia, semua mesti ada punya. Lagi-lagi bercakap pasal isu yang Husna rasa tak sepatutnya berhenti. MH370. Husna dan segelintir masyarakat masih punya impian supaya MH370 ni ditemui. Tak kisahlah kalau ada yang cakap macam tak masuk akal ke apa. Tapi Husna masih dengan pegangan yang MH370 is somewhere out there. Ya, Husna memang keras kepala. Sekurang-kurangnya Husna tak goyah dengan pendirian Husna sendiri.
Berbalik kepada soal impian, not to say orang lain, tapi Husna sebagai one of those remaja Melayu sendiri Husna dapat rasakan yang orang Melayu ni kalau dalam bab-bab impian ni macam masih ketinggalan di belakang kaum lain. Bukan rasis. Cuma Husna dapat rasa, dan Husna tak nak benda macam ni terus berlaku. Husna nak semua remaja Melayu bangkit. Sedar yang perjalanan kita masih jauh. Biarlah impian tu untuk esok sekali pun, tapi pasanglah impian. Niat kerana Allah. Kita bimbing yang lain. Jangan dengki. Berjaya biar bersama.
Husna memang tak sempat belajar novel Interlok dalam KOMSAS, tapi alhamdulillah, akhir tahun lepas Husna dapat pinjam dari SPBT sebelum novel tu dilupuskan. Husna rasa rugi sangat yang novel tu tak diteruskan. Sebab kalau kena dengan cara P&P dalam kelas oleh guru BM, Husna rasa novel ni sedikit sebanyak menaikkan semangat kaum Melayu.
Kalau imbas kembali, apa yang Husna ingat, dalam cerita keluarga Seman, Seman terpaksa berdepan dengan situsai yang genting sebab tanah milik keluarganya di tangan seorang tauke kedai runcit. Dia dihalau oleh tauke tu. Yang pasti semuanya bermula dengan 'kebodohan' Pak Musa, ayah Seman. Dia terlalu mempercayai kata-kata tauke kedai runcit tu. Rasanya sukar untuk Husna terangkan, apatah lagi anda mesti rasa apa yang Husna cuba ketengahkan macam takde kena mengena dengan topik 'Melayu tiada impian'. Takpe. Kalau ada peluang, bacalah novel ni.
Tapi, lihat lagi, berita baru-baru ni mengenai remaja yang meninggal sebab overdose dalam sebuah konsert. Nauzubillah. lebih daripada separuh yang meninggal tu, MELAYU. wahai sahabat, tak sedar lagikah kita? Impian.... Impian. Mungkin nampak ringan. "Alah impian je, belum tentu jadi kenyataan." Tapi tahu tak yang impian tu sebahagian daripada permulaan paradigma. PERUBAHAN. perubahan ke arah yang lebih baik. atau kata lain HIJRAH. atau 1400. tak sedar lagikah kita, yang remaja Melayu, kita, masih bertatih? Sedangkan yang lain sudah berlari. Kalau kita ada impian, kita akan usaha. Kalau kita berusaha, insyaAllah dengan pertolongan-Nya, kita akan berjaya. Dan jangan sesekali putus asa. Ingat NAK BERJAYA TAK MUDAH, wahai sahabat.

Akhirul kalam, Husna cuma nak bangkitkan semangat kita semua, remaja Melayu, termasuk diri Husna sendiri yang akan menduduki SPM tahun ni. Husna taknak Husna lemah di tengah jalan. Husna nak semangat berkobar-kobar berperang dengan diri sendiri hingga hari terakhir SPM. Lawan nafsu diri sendiri.

P.S. Semoga batch '97 dapat kawal nafsu dengan baik. SPM tak jauh, pejam celik pejam celik dah kena masuk dewan peperiksaan. Semoga keputusan kita yang bagus-bagus je. Amiiin~

Aku,
Husna

March 1, 2014

Helo Mac

Assalamualaikum dan selamat petang.
Buat pengetahuan semua, walaupun memang dah terang lagi bersuluh yang hari ni dah masuk 1 Mac, Husna masih ada rasa tanggungjawab untuk mengingatkan kalian yang hari ni dah SATU MAC DUA RIBU EMPAT BELAS. Sudah dua buku kecil dalam tahun 2014 kita coret dengan pelbagai kisah suka dan duka. Dan hari ni kita sudah mula membuka helaian yang baru dengan hembusan nafas yang masih ada apabila bangun pagi tadi.
Jadi, bila dah masuk bulan Mac ni... Husna tak tahulah jika ada rakan seusia Husna yang masih tiada kesedaran nak SPM lagi beberapa bulan saja lagi atau tidak. Tapi kalau ada, wahai teman, bangkitlah.
Senior Husna pun akan ambil keputusan SPM dalam bulan ni, jadi sedikit sebanyak Husna berdebar sebab kalau mereka dapat capai pointer 2.5, itu bermakna Husna dan semua teman seangkatan TIKL harus berusaha naikkan pointer jadi 2.35.
Semua pun akan bergantung pada keputusan peperiksaan awal tahun nanti yang akan berlangsung lagi 2 minggu. Jujur Husna cakap Husna kecut perut fikir pasal peperiksaan ni nanti. Belajar adalah ciput. Sungguh, memang takde masa nak betul-betul khusyuk ulang kaji. Rasa macam 24 jam tak cukup nak buat semua benda. Bulan Februari hari tu, ada sekali Husna nangis sebab stress sangat dengan kerja sekolah yang bertimbun, dengan latihan kawad, kelas tambahan petang, tuisyen malam, dan tak ulang kaji lagi... Ya Allah masa tu Allah je tahu apa Husna rasa. Macam nak pecah otak fikir solusi yang sesuai. Lepas tu, Husna siap buat peta minda apa yang ada dalam otak Husna supaya ringan sikit kepala ni haa.
Okeylah, apa-apa pun, dah masuk bulan baru ni, Husna harap yang pelajar tingkatan 5 dah bersedia lah untuk peperiksaan awal tahun ni, sebab rasanya tahun ni, semua peperiksaan penting. Sebab daripada keputusan setiap peperiksaan kita boleh tengok peningkatan atau progress kita. Kalau boleh dalam otak dah tak fikir sangat benda-benda lagha, kena mula rancang masa depan. Jangan fikir yang jauh, fikir je untuk hari esok pun dah cukup, tapi kalau fikir untuk cuti panjang Mac ni nak buat apa lagi bagus.
Itu saja dari Husna petang ni.
Aku,
Husna