January 18, 2014

Kau Pergi

Sungai inilah yang mengalir pabila kau pergi
Deras sederas langkahmu menjauhi
Bayangmu bakal menggamit memori
Dan memberi harapan yang tak pasti
Kerana kau sukar ku lupai.

Kopi

Kau umpama kopi
Seperti cinta pertama
Pahit tetapi manis
Kehangatan yang disenangi
Kehangatan yang bakal pergi
Tetapi sentiasa dirindui

Randik

Randik. Titik. Noktah. Lelah.
Berjalan. Terus berjalan.
Melangkah. Terus melangkah.
Malang, cerah tiada di mana-mana.
Randik. Pusing-berpusing.
Angka. Naik-menaik.
Pecut. Lari-berlari.
Aku di belakang.
Aku terkebelakang randik.
Titik. Noktah tanpa makna. Lelah.
Hitam. Legam.
Jatuh. Tergolek-golek.
Tersadung. Bangkit. Lelah.
Randik. Tidak toleh belakang.
Noktah. Doa. Pohon-memohon.
Berjalan. Deras dan duri.
Randik. Lelah.
Noktah terakhir. Titik yang tiada lagi.
Cahaya. Putih. Suci.